Tiada Bendera : Calon PAS Kuala Berang Rai Kekalahan Awal

Sudahlah menumpang tuah Wan Muhyiddin sebagai penggerak PAS di Kuala Berang, Calon PAS, Doktor Mamad Puteh yang dikatakan jarang turun padang sudah menunjukkan tanda-tanda awal kekalahannya bertanding di kerusi N23.

Sebaik beliau ternama sebagai calon, tiada langkah proaktif yang dibuat oleh beliau untuk berkempen secara total bagi partinya di Kuala Berang. Hanya nama Wan Mahyuddin sahaja yang meniti di bibir penyokong PAS di DUN itu walaupun beliau terpilih untuk menandingi Datuk Razali Idris dan Dato’ Rosol Wahid di Parlimen Hulu Terengganu.

Tindakan meletakkan Wan Mahyuddin di Parlimen Hulu Terengganu dilihat bersifat sengaja dan bertujuan mensabotaj kredibiliti beliau sebagai calon yang sering membela rakyat di Kuala Berang.

Umum sedia maklum untuk PRU ke 14 kali ini, Pakatan Harapan dijangka meraih kemenangan bagi  Parlimen Hulu Terengganu di atas penolakan terhadap muka lama, Dato’ Rosol dan gelombang kebangkitan Parti Amanah dan Parti Bersatu di Hulu Terengganu terutamanya di Ajil.

Persoalannya, mengapakah Wan Mahyuddin dilayan sebegitu rupa? Walaupun beliau merupakan di antara wakil rakyat yang mesra dengan Pakatan Harapan, tindakan PAS yang sengaja meletakkan karier politik beliau di hujung tanduk adalah langkah untuk memancung pergerakan beliau dari terus berkecimpung dalam arena ini. Wan Mahyudin terus dituduh sebagai Trojan Horse di dalam PAS...

Tindakan khianat ini disusuli pula dengan langkah yang sumbang apabila PAS meletakkan ‘calon pasti kalah’ yang sudah tidak ada daya untuk bertanding dan berkempen, Dr Mamad Puteh. Bayangkanlah, tidak ada langsung bendera parti PAS diletakkan di rumahnya sedangkan beliau merupakan calon PAS Kuala Berang. Tiada kesungguhan dan beliau seolah membiarkan sahaja PAS menemui kegagalan supaya dapat memenangkan BN di Kuala Berang. Adakah Mamad Puteh sebenarnya sedang berkempen untuk kemenangan Barisan Nasional, parti yang didokong kuat oleh isterinya sendiri?

Keadaan ini dilihat penyokong bahawa Dr Mamad seolah-olah sudah meraikan kekalahannya. Bertanya kepada beberapa ‘orang lama’ arena politik di Hulu Terengganu mengenai calon PAS, jawapan yang diterima bercampur kekecewaan; “dulu buleh la... leni dok jadi doh... bukan dokter doh tapi dokrok...”

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.