Rupanya wau bulan PAS bukan hanya tempat untuk berselfie

Kecoh dan viral beberapa hari selepas penamaan calon, beberapa jenis replika seperti wau bulan, kereta kebal, pelantar minyak dan beberapa replika lagi menjadi tarikan ahli-ahli PAS untuk bergambar terutamanya pada waktu malam kerana ada diantaranya dihiasi lampu kelip-kelip.

Rupa-rupanya, ianya bukan sekadar replika tetapi taktik baru PAS untu mengumpulkan sama ada dana pilihan raya ataupun ada pihak cuba mengambil keuntungan dengan menggunakan replika-replika tersebut.

Menurut sumber, dalam masa dua hari sahaja satu replika wau bulan di kawasan Kedai Buluh, Marang mendapat kutipan dana melalui pemberian orang yang datang berselfie di situ hampir RM40,000.

Nampaknya PAS masih belum berubah, masih meminta-minta walaupun mereka di pentas ceramah bertempik kononnya rakyat susah apatah lagi rakyat Terengganu.

Perlukah lagi di zaman digital ini, PAS masih mengharapkan duit daripada orang ramai atau ada golongan di dalam PAS yang cuba mengambil kesempatan daripada kemeriahan kempen pilihan raya ke-14.

PAS perlu menjawab isu ini dengan kadar segera.


No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.