Rakyat Sokong Guan Eng Jadi Menteri Kewangan

Sudah agak lama rakyat tidak melihat seorang bukan Melayu menjadi Menteri Kewangan di Malaysia. Kali terakhir ialah Tun HS Lee dari MCA, itupun dekad 60-an yang dulu.

Peluang itu hadir kini bila bekas CM Penang, Lim Guan Eng dinamakan Tun Mahathir sebagai bakal Menteri Kewangan yang baru.


Rakyat menyambut baik berita ini kerana sudah dapat melihat kewangan negara akan diuruskan dengan baik berikutan latar belakang Guan Eng sebagai akauntan disamping berketurunan cina, kaum yang diketahui sangat bijak meniaga.

Justeru ramai tidak faham kenapa perasmian Cm Lim sebagai Menteri Kewangan yang baru tidak disahkan dengan segera. Mungkin ada beberapa isu tapi rakyat berharap semua isu itu dapat diselesaikan dengan segera kerana ekonomi dan kewangan negara memang diketahui berada dalam keadaan yang tenat.

Kita sudah menjadi kerajaan, sepatutnya tidak ada masalah.

Sumber

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.