Pru14: Calon Pas Perlu Jelaskan Isu Mengajar Agama Tanpa kelulusan?

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 pelbagai cerita mengenai calon sama ada di peringkat parlimen atau pun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sama juga dengan calon Pas Parlimen P040-Kemaman Che Alias Hamid yang merupakan seorang Guru Agama.

Namun apa yang menjadi pertikaian netizen di media sosial adalah latar belakang kelulusan pendidikan beliau yang mempunyai Diploma Eksekutif Pengajian Perniagaan & Kewangan Islam UM 2010 tetapi menjadi guru agama.

Atas kelayakan apakah beliau dijadikan sebagai cikgu agama?

Sepatutnya untuk menjadi ustaz atau guru agama perlulah mempunyai asas pendidikan agama yang diiktraf supaya apa yang diajar selaras dengan dasar agama dan hukum agama yang bersumberkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu asas agama penting untuk mereka yang menyampaikan ilmu supaya tidak bertentangan dan tidak mengelirukan pegangan orang Islam negara ini.

Justeru Che Alias wajar memberi penjelasan kepada pengundi Parlimen Kemaman di manakah beliau mendapat tauliah mengajar agama dan beliau perlu jujur dalam isu ini.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.