Penjawat Awam Pro Pas Mula Atur Jawatan

Penjawat awam negeri Terengganu yang pro pembangkang Pas dikesan mula mengatur jawatan-jawatan tertentu sebagai persediaan sekiranya Pas Berjaya membentuk kerajaan di negeri ini selepas PRU14.

Menurut sumber dari cakap-cakap di kantin Wisma Darul Iman mereka dengan bangga sedang mengatur jawatan yang bakal ditukar ganti dengan mengutamakan pegawai yang sehaluan dengan mereka di jawatan kanan kerajaan negeri.

Jika diimbas ketika Pas memerintah Terengganu pada 1999, ramai kakitangan kerajaan dibuang sebaik mereka mengambil alih kononnya untuk penstrukturan semula penjawatan.

Pada masa yang sama ramai ahli Pas menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan negeri selain mewujudkan banyak jawatan baru walaupun mereka tidak layak menjawat jawatan tersebut.

Ramai sudah mula menghidu perangai Pas jika mereka berjaya menguasai Terengganu dan Tragedi1999 akan berulang kembali jika mereka mentadbir negeri ini.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.