Penganut Pas Sembah BERHALA?

Setiap kali tibanya pilihanraya umum ramai dari kalangan parti politik berlumba-lumba untuk menyediakan persembahan terbaik bagi menarik minat orang ramai untuk terus bersama mereka.

Kemeriahan itu pula diselang dengan ketaksuban ahli-ahli parti dengan mewujudkan pelbagai replika yang mana ada sesetengahnya mendatang keuntungan kepada ahli yang menyediakan replika tersebut dan mendapat bayaran yang setimpal.

Dalam keghairahan itu jangan sampai akidah dan pegangan ahli-ahli parti terpesong sepertimana berlaku kepada ahli sebuah parti yang berjuang diatas nama islam di Malaysia ini.

Mereka mewujudkan suasana meriah ketika pilihan raya umum akan tetapi dalam tidak sedar mereka sedang memuja apa yang mereka lakukan atau mereka buat dan turut menarik orang lain untuk bersama mereka.

Dalam perhatian penulis, replika tersebut sudah menjadi pujaan didalam media social dan juga perbualan hangat dari kalangan ahli yang taksud sehinggakan timbul riak dan takbur dengan apa yang dipersembahkan.

Nyata perbuat itu telah terpesong akidah dan menduakan Allah SWT kerana percaya dengan kemegahan replika ciptaan manusia sehinggakan sanggup memperjudi nyawa demi mempertahankan apa yang dibina.

Namun percayalah, Pas hari ini tidak sama dengan perjuangan Pas dahulu yang mana dibawah kepimpinan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Fadzil Mohd Noor.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.