PAS Pun Pandai Cas Keting?


Calon PAS Parlimen Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid menempuh nasib malang apabila terpaksa berhadapan menentang dua gergasi arena politik Terengganu iaitu Datuk Razali Idris yang lebih dikenali dengan nama Tok Li dari Pakatan Harapan dan Dato’ Rosol Wahid dari Barisan Nasional.

Apa yang mendatangkan persoalan adalah Haji Muhyiddin yang selama ini bertungkus lumus membuat kerja-kerja kepartian untuk PAS di Kuala Berang dinafikan haknya untuk bertanding di kerusi N23 dan sengaja diletakkan di kerusi parlimen yang sudah pastinya menyaksikan calon ini tersungkur tewas dengan jumlah undi yang menghina.

PAS dipercayai membuat tindakan sedemikian kerana gusar dengan kemesraan Haji Muhyiddin bersama Parti Amanah di Hulu Terengganu. Walaupun Haji Muhyiddin menafikan penglibatannya bersama Amanah, namun PAS terpaksa mengambil sikap berjaga-jaga dengan meletakkan Haji Muhyiddin di kerusi parlimen yang mempunyai peluang tipis untuk menang. Bagi menebus kepercayaan ini, sudah tentunya Haji Muhyiddin perlu menang bertanding di Parlimen Hulu Terengganu.

Namun mampukah beliau berbuat demikian berdepan dengan gergasi-gergasi ini?

Kejamnya cara PAS menghukum ahlinya dalam niat untuk menamatkan karier politik ahlinya sendiri? Sewajarnya Haji Muhyiddin menerima pelawaan dari Amanah sejak awal lagi jika mengetahui nasib beliau akan dipeteh keting sebegini rupa!

Pengundi sewajarnya memikirkan kaedah terbaik menjatuhkan kerajaan zalim pada hari ini dengan mengundi Pakatan Harapan dan bukan parti yang hampir lenyap dari peta Malaysia. Undi Pakatan Harapan!

Jatuh ni Sakit Buleh, Malu pun Buleh!

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.