Mengapa Dr.Mamad Bertanding PRU14 Di Dun Kuala Berang???Ikhlas ke....

Siapa yang tidak kenal Dr Mamad Puteh di Hulu Terengganu khususnya Kuala Berang kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan rawatan dan kesihatan.

Walaupun caj yang dikenakan sedikit mahal, keselesaan kliniknya menjadi pilihan kerana lebih moden setelah dinaik taraf.

Dr. Mamad merupakan calon PRU10 yang memperolehi kemenangan di Kuala Berang dan kemudiannya tidak bertanding pada PRU12 dan seterusnya.Alasan yang diberikan demi memberikan fokus kepada kliniknya.

Kliniknya yang dinaiktaraf sebaik sahaja memenangi PRU10 pastinya menjadi sebuah habuan yang bermakna buat beliau.

Niat beliau untuk berehat dan menumpukan pada perniagaan dengan menggaji doktor persendirian mengundang padah apabila tindakan itu menjurus kepada kemerosotan perniagaannya.

Kini beliau membuat keputusan untuk muncul kembali sebagai calon Pas di Dun Kuala Berang dan membatalkan niat untuk bersara dari bidang politik.

Adakah kemunculan kembali ini merupakan sesuatu yang ikhlas untuk membela nasib rakyat atau sekadar demi survival perniagaannya yang semakin tenat.

Wajarkah memilih calon yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri????

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.