Lily Omar taruhan terbaik PH

PRU ke 14 menyaksikan pertandingan tiga penjuru di N12 Bukit Tunggal antara calon PPBM yang terpaksa menggunakan logo PKR melawan penyandang, Dr Alias Razak dari PAS dan calon recycle dari BN, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad.

Rakyat di Bukit Tunggal sedia maklum wakil rakyat yang lalu, Dr Alias Razak adalah wakil rakyat yang gagal walau sudah 10 tahun berkhidmat.

Beliau gagal membawa apa-apa manafaat kepada rakyat di DUN Bukit Tunggal. Beliau hanya berjaya memberi alasan sahaja. Alasannya begitu mudah, kerana PAS tidak memerintah negeri, maka tidak ada apa yang mampu beliau buat untuk rakyat di Bukit Tunggal.

Beliau lupa sebagai wakil rakyat, beliau perlu berfikir di luar kotak dan pandai mencari dana untuk rakyat setempat.

Adakah gaji yang diterima dengan jumlah yang lumayan, beliau hanya bekerja untuk masuk dan bertekak di dalam sidang DUN sahaja?

Apakah kerana melihat wakil BN yang ada di kawasan tersebut walaupun bukan wakil rakyat, tetapi menggunakan segala apa yang ada, membantu rakyat di kawasan berkenaan, maka wakil rakyat PAS ini mengambil epluang makan gaji buta.

Nah, kini calon yang terbaik di antara mereka didatangkan khas untuk menyelesaikan segala masalah rakyat Bukit Tunggal kerana rakyat perlu melihat siapa di belakang PPBM.

Mahathir dan anak-anaknya serta rakan-rakan Mahathir yang kaya-raya tidak akan membiarkan rakyat di DUN Bukit Tunggal begitu sahaja.

Siapa yang tidak kenal dengan pejuang Serikandi, Fatima Lailati Omar yang lebih dikenali dengan nama Lily Omar.

Beliau boleh mesra dengan sesiapa sahaja. Beliau boleh bertudung dan beliau juga boleh tidak bertudung.

Malah, beliau boleh bersosial tahap maksima atau boleh menjadi seorang wanita alim sekelip mata.

Maksudnya di sini beliau boleh merapati semua peringkat warga DUN Bukit Tunggal.

Walaupun beliau pernah direman di Balai Polis Kuala Terengganu atas dakwaan memfitnah MB Terengganu, namun bagi beliau perjuangan (sama ada betul atau tidak) beliau tetap berjuang demi periuk nasinya sendiri.

Menurut sumber Pakatan Rakyat, beliau adalah seorang kontraktor yang begitu keewa kerana tidak mendapat projek dari Kerajaan BN Terengganu (Lily perlu menjelaskan dan membuktikan bahawa dakwaan ini tidak benar).

Pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan taraf pendidikan beliau buat masa ini.

Undilah PH demi Lily yang kita sayangi.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.