Hadi Awang restui budaya samseng di Marang?

Sekiranya anda berkunjung ke Parlimen Marang - Rhu Rendang, Bukit Payong, Pengkalan Berangan, Alur Limbat, anda akan dapati ada beberapa lokasi yang mana sudah sejak berzaman hanya bendera PAS yang ada di kawasan tersebut.

Timbul persoalan, kenapa terjadi demikian walaupun bendera Barisan Nasional juga tiada di kawasan tersebut seolah-olah ianya dikawal begitu rapi oleh pengikut yang taksub dengan PAS kerana ketua mereka sendiri tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan baik dari segi nasihat mahupun teguran keras supaya jangan ada kacau ganggu apabila parti-parti lain ingin memasang sepanduk dan bendera-bendera parti mereka.

Menurut pemilik salah satu warung di kawasan tersebut, pernah terjadi pemasang bendera parti lain dimaki hamun, malah ada yang menggunakan kekerasan fizikal sekiranya mereka cuba memasang bendera parti termasuk bendera Barisan Nasional, parti pemerintah negeri.

Ketaksuban ini perlu diperjelaskan oleh Hadi Awang dengan kadar segera sebelum beliau meninggal dunia.

Bimbang nanti, pengikut PAS anggap Hadi Awang bukan sahaja mengeluarkan amanatnya malah mengeluarkan arahan jangan dibenarkan bendera parti lain terpacak di kawasan seperti di sepanjang beberapa kilometer di Masjid Rusila.

Budaya samseng ini menyebabkan tanggapan negatif terhadap orang Islam sendiri, budaya kasar tidak mencerminkan keperibadian Islam seperti mana PAS cuba labelkan diri mereka kononnya parti Islam.

Bayangkan hanya kerana memasang bendera 5 tahun sekali, ahli PAS seprti direstui pemimpin mereka bertindak ganas dan kalau beginilah akhlak pemimpin dan pengikut mereka, anda fikir apa akan jadi sekiranya diberikan kuasa kepada PAS.

Kalau dahulunya, PAS menghalau budak tadika, merantai mesin-esin jahit dan bertindak terlalu agresif semasa memerintah Terengganu sanggupkah anda memberi peluang kepada manusia berwatak sebegini?

Arwah Nik Aziz pernah berpesan jangan biarkan diri kita dipatuk di tempat yang sama dua kali.

Lihatlah dengan sendiri anak Nik Aziz tidak lagi bersama PAS dan mengeluarkan kenyataan perjuangan PAN sebenarnya mirip kepda perjuangan Nik Aziz dan bukannya PAS.

Hadi dilihat cuba beersekongkol dengan DAP sebelum ini dan kini bertindak keluar daripada Pakatan yang begitu mulia membela rakyat.

PAS bersendirian dan kekal tidak akan berubah perangai buruk pemimpin dan ahli-ahlinya.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.