CALON Gila tidak perlu diangkat sebagai pemimpin?

P.036 Kuala Terengganu hari ini menjadi menjadi tumpuan dan sebut-sebutan kerana pertandingan 3 penjuru diantara Pakatan Harapan(PH), Parti Islam Se-Malaysia(Pas) dan Barisan Nasional (BN) yang bakal melahirkan 1 orang wakil di dewan negara selepas 9 mei ini.

Penyandang parlimen tersebut YM Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menang dengan merjoriti yang agak besar (10,785) dengan menewaskan calon BN Mohd Zubir Embong dan calon bebas Maimun Yusuf.

Raja Bahrin ketika itu mewakili parti Pas sebelum berhijrah menyertai Parti Amanah Negara(AMANAH) kerana sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan Pas yang banyak mempunyai skandal dengan UMNO dan BN.

Semasa pemilihan parti Pas pada muktamar 2015 yang lalu dimana Pas mendapat bantuan kewangan UMNO untuk menumbangkan jentera professional dalaman Pas ketika itu.

Dikatakan jutaan ringgit UMNO melabur kepada Abdul Hadi Awang untuk menumbangkan rakit Mohamad Sabu yang mana diwakili keseluruhannya dari professional Pas.

Kekalahan Mohamad Sabu itu bermulanya perpecahan dalaman Pas sehinggakan lahir AMANAH sehingga kini dimana pada pilihanraya umum ke 14 (PRU14) yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru dikebanyakkan kerusi dun dan parlimen.

Ketika ini Pas mempertaruhkan Ahmad Amzad Hashim yang juga bekas CEO Mara Shipyard & Engineering (Terengganu) Sdn. Bhd yang kini dikenali sebagai MSET Engineering Corporation Sdn Bhd yang berpengkalan di Kuala Terengganu.

Amzad merupakan CEO yang membawa MSET kedalam kelas yang tersendiri akan tetapi dirinya sedikit malang kerana terlalu mengikut nafsu tamak haloba yang menyebabkan berlakunya pecah amanah dengan nilaian jutaan ringgit berlaku.

Ditambahkan dengan memiliki penyakit keturunan (mental) yang menyebabkan bahaya kepada kakitangan lain ketika beliau berada dalam keadaan tekanan (stress) menyebabkan beliau membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Tetapi didalam bab duit, beliau terlau cerdik sehinggakan Berjaya menjadi seorang CEO yang mempunyai asset dan simpanan sebanyak RM 15 juta dalam suatu masa.

Dalam pada itu, kini beliau menjadi calon Pas bagi PRU 14 dan umum mengetahui nahawa beliau mempunyai percaturan yang licik disamping penjagaan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh isteri beliau supaya tidak menjadi stress apabila berhadapan dengan pengundi.

Isteri barunya juga seorang doctor di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) yang mana menjadi penjaga khas merangkap doctor peribadi kepada Amzad yang mempunyai penyakit mental dan dibekalkan ubat secukupnya.

Seterusnya, bagi calon BN pula adalah bekas kakitangan kerajaan negeri Terengganu dan memegang jawatan akhir sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dimana segala urusan pentadbiran kerajaan negeri dibawah pemantauan serta seliaan beliau.

Apa yang pasti beliau adalah calon bidang terjun bagi parlimen Kuala Terengganu yang mana dijangka akan memberi saingan yang sengit kepada penyandang dan juga calon pecah amanah dari Pas yang mempunyai penyakit mental atau gila.

Wan Nawawi Wan Ismail dikatakan calon terbaik yang dipertaruhkan oleh BN kerana beliau mempunyai kredabiliti yang cukup untuk menarik pengundi dan memberi sokongan kepada BN bagi parlimen itu.
Beliau juga mempunyai ahlinkeluarga yang besar di Kuala Terengganu disamping pernah menjadi pegawai tadbir dikawsan itu dan tidak mempunyai sebarang rekod buruk sepanjang perkhidmatan beliau.

Rakyat Kuala Terengganu ketika ini sedang menilai ketiga-tiga calon bertanding bagi P.036 dan mengambil kira apa sumbangan ke tiga-tiganya kepada masyarakat sebelum ini untuk membuat keputusan yang tepat bagi membawa suara mereka kedalam dewan negara akan datang.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.