Amzad Hashim Terlibat Skandal Pecah Amanah MSET?


Tular di media sosial ketika ini satu kenyataan berkait dengan calon P.036 Parlimen Kuala Terengganu yang mewakili parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang mempunyai skandal pecah amanah dalam sebuah syarikat yang terkenal.

Viral itu mengaitkan Haji Ahmad Amzad Hashim ketika menjadi Pengarah Urusan kepada sebuah syarikat membekalkan bot-bot maritime bagi kegunaan kerajaan.

Syarikat MSET Shipbuilding Corporatian SDN BHD yang telah banyak mengeluarkan bot-bot marin untuk kegunaan dalam Negara dan juga luar Negara dan juga sebuah syarikat perkapalan yang terkenal didunia .

Titik hitam MSET bermula ketika sayrikat itu menerima banyak projek-projek mega dan pulangan keuntungan yang berlipat ganda telah membuat pengarah urusan syarikat itu mula gelap mata.

Dikatakan pada ketika itu juga puluhan jutaan ringgit wang syarikat telah digelapkan oleh orang nombor satu dalam syarikat dengan skandal pengubahan wang amanah syarikat kepada akaun-akaun kroni milik CEO tersebut.


Banyak sub-sub kontaraktor yang tidak wujud dengan pembekalan nilaian jutaan ringgit dan syarikat hantu tersebut telah diwujudkan bagi mengaburi mata pengerusi syarikat dengan pelbagai sub bidang pembekalan.

Nyata Amzad dilihat lembut, jujur dan sangat baik tetapi beliau mempunyai nafsu syaitan dan ketamakan untuk menjadi orang terkaya dengan menyalahgunakan kuasa yang dimiliki dalam syarikat.

Menurut satu sumber, hampir 30 juta ringgit  wang syarikat telah Berjaya dilesatkan oleh Amzad dan sayrikat telah mengambil tindakan dengan membuangnya dengan penarikan saham syarikat yang hampir RM 15 juta miliknya ketika itu.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.