Adakah ini 'istana' calon Pas Kuala Berang?

Tular di media sosial gambar rumah besar calon Pas Kuala Berang, Dr Mamad Puteh.

Pertama, saiz rumahnya yang begitu besar menimbulkan tanda tanya netizen.

Bagaimana seorang doktor yang memiliki klinik yang bersaiz kecil di sebuah pekan yang juga bersaiz kecil mampu memiliki kediaman yang sebegitu besar.

Kalau dilihat pada latar belakang sejarah politiknya, Dr Mamad pernah menjadi wakil rakyat Dun Kuala Berang pada 1999 hingga 2004 namun pada penggal berikutnya beliau tidak bertanding mempertahankan kerusi yang dimenanginya.

Menurut sumber, beliau dikatakan menghidap penyakit kanser yang serius.

Selepas tiga penggal menyepi, beliau kini kembali bertanding sebagai calon Pas.

Benarkan beliau telah pulih 100% atau Pas sememangnya tidak mempunyai calon yang berkaliber untuk menentang calon BN.

Timbul juga tanda tanya perniagaan beliau mula merosot dan terpaksa kembali untuk bertanding di pilihanraya kali ini.

Bayangkan beliau pernah berjanji tidak akan kembali atau ingin berehat selepas tidak menjadi calon pada penggal 2004-2008.

Dr Mamad perlu jujur, ingin berkhidmat atau sekadar mengambil kesempatan?

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.