Ada calon gila, angan-angan dan berwawasan

Politik semasa di Parlimen Kuala Terengganu ketika ini agak unit berbanding kawasan lain pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

Perlawanan 3 penjuru diantara Pakatan Harapan (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan juga Barisan Nasional (BN) kali ini menjanjikan pertandingan sengit 3 parti besar didalam negara.

Ketiga-tiga adalah profesional yang diamanahkan oleh parti masing-masing dengan membawa harapan dengan menghidangkan segala janji-janji politik mereka.

Penyandang bagi kerusi P.036 Kuala Terengganu YM. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menang pada PRU 13 lalu dengan majoriti 10 ribu undi diatas tiket Pas.

Raja Bahrin percaya beliau dapat mengekalkan kerusi tersebut dengan gandingan 3 parti utama dalam PH pada kali ini yang mana terdiri dari DAP, PKR, AMANAH dan PPBM dimana bakal mengekalkan kerusi tersebut.

Manakala bagi calon Pas yang mempertaruhkan Ahmad Amzad Hashim Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Terengganu yang juga bekas CEO sebuah syarikat pembuatan perkapalan di Kuala Terengganu (MSET).

Beliau memulakan keriar sebagai Pengarah Urusan MSET pada tahun 1995 dan memulakan gerakan menswastakan MSET pada tahun 1997 sebagai sebuah syarikat perkapalan terkemuka negara ketika itu.

Semasa menjadi CEO MSET beliau banyak menerima projek- projek kerajaan seperti membuat bot polis marin dimana untuk kegunaan dan aset negera ketika itu.

Banyak urusan perniagaan melalui Amzad masuk ke MSET dan juga berlakunya rasuah pembekalan sehinggakan beliau menjadi seorang CEO yang sangat kaya dan berharta sehingga kini.

Tembelang itu dapat dihidup oleh pengerusi MSET dan dinasihatkan berhenti atau diambil tindakan undang-undang selain semua perkongsian saham ditarik balik.

Beliau juga dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam percaturan wang haram ketika menjadi orang nombor satu didalam syarikat tersebut.

Selepas dinasihatkan berhenti, beliau cuba masuk dalam politik dan pilihannya parti islam yakni Pas dan menjadi ahli pada tahun 2012 yang lalu sebelum PRU 13 dan kini menjadi calon bagi Pas di parlimen Kuala Terengganu.

Selain dari PH dan Pas, parti BN juga menawarkan seorang tokong koperat yang bersara dari jawatan tertinggi kerajaan negeri Dato' Wan Nawawi Wan Ismail yang juga mempunyai pengaruh yang sangat besar di Kuala Terengganu dan juga negeri Terengganu khasnya.

Wan Nawawi dipertaruhkan BN bagi merampas kembali kerusi itu dari Pas dan Amanah dimana sudah hampir 2 penggal selepas kematian Dato' Razali Ismail pada 2008 yang lalu.

Pemilihan kesemua calon-calon tersebut merupakan pilihan puncuk pimpinan masing-masing selain membawa agenda parti yang dibawa demi kemenangan bagi 5 tahun akan datang.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.