Tidak salah naikkan bendera parti lebih awal

Bendera-bendera parti pembangkang yang dipasang di kawasan masjid dan sekolah telah menjadi mangsa pihak berkuasa tempatan sedangkan bendera parti pemerintah dibiarkan terus berkibar.

Ini adalah satu sikap tidak adil oleh PBT yang secara terang-terangan berpihak kepada kerajaan.

Menurut sumber bilik gerakan Pakatan Rakyat, tidak salah untuk menaikkan bendera lebih awal kerana Parlimen sudah pun dibubarkan.

Secara logiknya bila Parlimen bubar, maka tiada kerajaan yang berkuasa dan parti masing-masing boleh memulakan langkah untuk menagih undi.

Orang ramai sepatutnya mengecam tindakan PBT ini dan bukannya diam seribu bahasa.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.