Mohamad Sabu dijangka bertanding Parlimen, DUN

Presiden PAN, Haji Mohamad Sabu dikhabarkan bakal bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU14 nanti.

Menurut sumber, kedua-dua kerusi berkenaan sama ada di Pulau Pinang atau Kedah dan kemungkinan besar juga berlainan kerusi di dua negeri berbeza.

Perkara ini akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat.

Di samping itu, beberapa pemimpin PAN Pusat juga diberitakan bakal bertanding di dua kerusi masing-masing.

Menurut pakar strategik politik tanahair yang enggan dikenali, strategi begini untuk menunjukkan kepada ahli betapa hanya calon yang layak sahaja boleh bertanding di PRU14 ini.

Parti tidak ingin membazir wang pertaruhan kerana dibimbangi akan kalah teruk dan hilang wang pertaruhan apabila tersilap meletakkan calon.

Dalam parti PAN, selain Haji Mohamad Sabu, Haji Husam Musa juga adalah calon ynag bakal membawa kemenangan besar pada Harapan.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.