Calon PAS Kuala Besut berkelulusan SRP?

Masihkan anda ingat dengan Che Long, bekas calon PAS PRK Kuala Besut pada 2013 yang lalu.

Che Long, seorang kontraktor kelas A yang mendapat projek dari kerajaan PAS Kelantan tetapi akhirnya tewas di tangan calon BN, Tengku Zaihan.

Faktor utama kekalahan Che Long datangnya dari diri beliau sendiri. Beliau bertanding cuma untuk mendapatkan projek semata-mata malah sanggup melantik orang suruhan kerana sibuk menguruskan perniagaannya.



Pada PRU14 kali ini, PAS nampaknya tidak serik dan masih menggunakan konsep yang sama.

Mereka menamakan seorang ahli perniagaan berkelulusan SRP dan berpusat di Kota Bharu sebagai calon PAS Kuala Besut.

Adakah PAS yakin jelmaan Che Long ini mampu memenangi pilihan raya atau ianya hanyalah helah PAS demi mendapatkan dana pilihan raya?

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.