Bakal MB PAS takut bertanding di kampung sendiri?

Nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Menteri Besar PAS di Terengganu hari ini melarikan diri dari media.

Ramai media kecewa apabila calon PAS N19 Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seperti menolak isu kenapa beliau tidak bertanding di kampung halamannya sendiri, Jertih.

Sebaliknya, beliau mengambil alih tempat Haji Hadi yang dikatakan selamat demi kepentingan peribadi.

Persoalan timbul adakah beliau takut untuk berhadapan dengan calon BN di Jertih dan juga soalan yang paling besar adalah kenapa seorang yang bukan ulama' dipilih untuk menggantikan Hadi Awang dan seterusnya dilihat bakal memimpin PAS negeri.

Selama ini, PAS canangkan kepimpinan melalui ulama', namun hari ini terbukti bukan sahaja Dr Ahmad Samsuri dari kalangan ahli akademik, terdapat juga ramai calon PAS yang bukannya dari golongan agamawan.

PAS perlu perjelaskan kepada ahli, dua isu besar ini.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.