Tun M Kecewa Dengan Jentera Bersatu?

Di dalam politik hari ini, saling kebergantungan antara satu sama lain demi kelangsungan sesebuah parti terutamanya yang membentuk gabungan, amat dititik beratkan.

Malah, pengurusan parti juga tidak boleh dipandang mudah. Sekiranya dipandang mudah, maka jadilah apa yang berlaku terhadap Bersatu hari ini.

Parti yang baru menjangkau usia setahun ini nampaknya kian terancam dengan peraturan yang diletakkan oleh RoS sehingga menyaksikan pendaftaran parti ini mungkin di batalkan. Malah, Tun M dan ramai lagi calon Bersatu terpaksa menumpang logo DAP untuk membolehkan mereka bertanding.

Menurut sumber rapat dengan Tun M, pemimpin ulung itu kecewa dengan jentera dalaman parti yang disifatkan beliau sebagai lembab, tidak terurus dan tidak tahu buat kerja selain terlalu bodoh menguruskan parti.

Manakan tidak, beliau dikatakan pernah meminta mensyuarat peringkat cawangan dan bahagian diadakan jauh lebih awal berbanding mesyuarat agung pertama Bersatu.

Beliau sedar, sekiranya tiada mesyuarat sedemikian berlaku, Bersatu mungkin di haramkan dan beliau dikatakan telah memberi ingatan ini sejak dari bulan Jun tahun lalu. Namun, apa yang berlaku, ingatan dan arahan ini langsung tidak diikut oleh jentera parti termasuklah para pemimpin tertinggi Bersatu.

Inilah akibat kegagalan untuk mengikut arahan Tun M. Hari ini, Bersatu sedang berhadapan masalah yang besar dan lebih mengecewakan Tun M, pemimpin utama dan jentera parti seolah-olah langsung tidak bersalah apabila parti ini mungkin di haramkan.

SUMBER

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.