Tandas tidak cukup, penganjur langsung tidak peka

Tandas yang tidak mencukupi di Ekspo Terengganu 2018 menyebabkan para pengunjung terpaksa beratur panjang untuk membuang 'hajat'

Seorang pengunjung, Abdul Halim Hassan, 24 berkata, dia terpaksa menahan kencing hampir 15 minit kerana orang terlalu ramai.

Katanya, keadaan itu sangat menyusahkan terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak.

"Menyesal datang ke ekspo ini. Lebih baik duduk kat rumah tengok TV. Tandas pula kotor dan menjijikkan. Tidak sesuai kepada orang Islam," katanya dengan nada kesal.

Pihak urusetia sepatutnya lebih peka terhadap perkara ini dan jangan lepas tangan.

Mereka perlu bertanggungjawab kerana ia melibatkan nama baik kerajaan negeri Terengganu.

Malah, khabarnya program tersebut dijangka turut dihadiri Perdana Menteri hari ini.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.