Sungai Selangor Tidak Tercemar Sebab Buaya Pun Sudah Timbul

Di kala rakyat Selangor hari ini mendakwa mereka tidak menerima bekalan air dan wujud dakwaan bahawa sungai di Selangor ini tercemar, sumber dari dalam kerajaan negeri hari ini tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Menurutnya, keadaan di Sungai Selangor kekal berada pada tahap terbaik dan apa yang berlaku hari ini adalah, pecahan pada paip utama yang menyebabkan ketiadaan air.

Malah, katanya lagi, seandainya sungai di Selangor tercemar, sudah tentu, banjir akan melanda di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sungai. Malah, dakwanya lagi, kewujudan beberapa ekor buaya yang boleh dilihat sendiri oleh rakyat menjadi bukti penting bahawa sungai-sungai ini tidak tercemar.

Tidak seperti di Pekan, Parlimen yang dikuasai oleh Datuk Seri Mohd Najib, asal hujan sahaja pasti akan banjir. Malah, sungai yang melalui Parlimen Pekan juga belum pernah menampakkan kewujudan buaya di sungai berkenaan.

Ini membuktikan bahawa langkah kerajaan Selangor yang mengenakan caj dua puluh sen terhadap penggunaan plastik, sudah menampakkan kejayaan.

Berhenti dari terus menyebarkan dakyah kononnya kerajaan Selangor tidak langsung berbuat apa-apa dalam memelihara sungai yang menjadi nadi penting buat negeri Selangor.

SUMBER

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.