Persempadanan Semula: Gobind Mungkin Kalah Di Puchong?

Persempadanan semula beberapa bahagian parlimen yang dibentang Najib di Parlimen pagi tadi, bukan sahaja menyaksikan 10 buah parlimen bertukar nama tapi turut menyaksikan perubahan keluasan kawasan parlimen terlibat – sekali tidak mengubah jumlah kerusi parlimen secara keseluruhan.

Antara yang paling teruk terjejas ialah Parlimen Puchong yang sekarang diwakili Ahli Parlimen DAP, YB Gobind Singh Deo yang juga anak bekas Pengerusi Nasional DAP, mendiang Karpal Singh.  Difahamkan kawasan parlimen itu semakin mengecil setelah persempadanan semula itu .

Banyak kawasan dalam Parlimen Puchong difahamkan kini telah berpisah, ada yang masuk ke dalam Parlimen Bangi (Serdang) dan ada yang masuk dalam Parlimen Damansara (Subang).

Memandangkan ia melibatkan pengundi kaum cina yang ramai, ini boleh menjejaskan peluang Gobind untuk menang di kawasan tersebut – sekiranya beliau terus diberi kepercayaan oleh pimpinan Harapan untuk bertanding di kawasan tersebut.  Dalam PRU13, Gobind mengalahkan calon Gerakan dengan majoriti besar lebih 30 ribu undi.

Tidak hairanlah kenapa ada ura-ura Gobind akan dipindahkan ke Johor yang kini menjadi negeri sasaran utama Pakatan Harapan untuk ditawan.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.