Pemuda PAS Terengganu bersungguh ajak tengok bola, bukan masjid

PAS Terengganu sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan sokongan politik menjelang PRU14 tidak lama lagi.

Jika sebelum ini, mereka hanya berceramah di markas-markas kini PAS sudah mula berubah ke arah lebih santai seperti program tengok bola ini.

Program anjuran Pemuda PAS Kuala Terengganu itu hanya bermotifkan politik semata-mata.

Anak-anak muda dipaksa memakai baju hijau putih dan membawa bendera PAS ketika perlawanan itu nanti.

Sebelum ini PAS tidak kisah pun tentang bola sepak, yang mereka tahu ajak anak muda ke masjid sahaja.

Kenapa baru sekarang PAS mahu tunjukkan yang mereka minat bola?

Adakah kerana PRU makin hampir?

Sampai begitu sekali terdesaknya PAS ketika ini.

Semoga rakyat Terengganu tidak terpengaruh dengan politik sempit PAS dan teruskan menyokong pasukan bola sepak Terengganu seperti biasa.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.