Kapal Jho Low Lebih Penting Dari Air Di Selangor – Tun

Masalah air yang melanda Selangor sekarang tidak seharusnya mengalihkan perhatian rakyat dari isu penahanan kapal layar mewah milik Jho Low di Indonesia kelmarin kata Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir

Di Selangor adalah menjadi lumrah bekalan air terputus, kadang-kadang sehingga seminggu, apa yang nak dihairankan tentang perkara itu?

“Pada zaman saya pun (menjadi Perdana Menteri) pernah negara mengalami krisis air di seluruh negara, bukan di Selangor saja”, kata Tun Mahathir – dipercayai merujuk kepada krisis air yang berlaku pada pertengahan 90-an.

Sedangkan isu kehilangan berbilion wang negara sehingga sang pencuri mampu membeli kapal mewah ini begitu jarang sekali berlaku dan amat sayang kalau rakyat tidak mengendahkannya hanya kerana terpesong oleh masalah ketiadaan air yang berlaku di Selangor.

Maka itu amat penting rakyat memberi perhatian kepada masalah tersebut, jangan sesekali terleka dengan masalah air yang hanya datang sekali sekala seperti ini.

Tun Mahathir yakin dibawah kepimpinan Datuk Seri Azmin, masalah bekalan air di Selangor sekarang akan dapat diselesaikan sekalipun mengambil masa yang lebih panjang dari dirancang.  Justeru rakyat tidak perlu bimbang dan terus memberikan perhatian kepada krisis yang sedang berlangsung.

SUMBER

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.