Do Won Chang Nafi The Equanimity Adalah Miliknya- PPBM

Jutawan fesyen dari China, Do Won Chang menafikan kapal mewah The Equanimity yang ditahan pihak berkuasa di Bali Indonesia minggu lepas untuk tujuan siasatan oleh FBI,  adalah miliknya seperti yang banyak disebarkan beberapa portal pro kerajaan sejak semalam.

Penafian ini adalah berdasarkan tiada pengakuan rasmi dari Do Won sendiri bahawa kapal mewah itu adalah miliknya.

Seterusnya, perkara ini memalukan penyokong BN/UMNO yang begitu yakin kapal tersebut adalah milik Do Won.  Pakatan Harapan menggesa Do Won atau wakilnya di negara ini mengambil tindakan undang-undang ke atas BN dan UMNO kerana memalukan imej beliau dengan mendakwa kapal mewah kontroversi itu adalah miliknya.

Jutawan sepertinya sudah tentu terjejas akibat dikaitkan dengan kapal mewah yang dibeli menggunakan wang yang dicuri seperti didakwa Tun Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan selaku pihak yang berkepentingan, bersedia membantu Do Won untuk meneruskan tindakan undang-undang tersebut kerana ini boleh membetulkan tanggapan rakyat Malaysia bahawa kapal itu bukan milik Do Won tapi Jho Low.

PPBM akan menggunakan semua sumber untuk mendapatkan dokumen bagi menyokong dakwaan bahawa kapal itu adalah milik Jho Low.

SUMBER

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.