Azhar Idrus fitnah BR1M

Gambar hiasan
Penceramah pro PAS, Azhar Idrus dalam satu ceramahnya menyatakan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tidak sepatutnya diberikan oleh pihak kerajaan sedangkan dalam masa yang sama mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat.

Menerusi video tersebut, Azhar berkata tugas sebenar kerajaan adalah memberikan keselesaan kepada rakyat bukannya memberikan BR1M.


Adakah Azhar cuba menafikan kemakmuran yang dikecapi di negara hasil daripada kutipan cukai?

Untuk makluman Azhar, tanpa cukai negara akan hancur dan PAS sendiri mengakui cukai seperti GST adalah langkah terbaik bagi menjana pendapatan negara.

Malah, masjid yang menjadi tempat ceramah Azhar itu pun datangnya dari hasil cukai.

Azhar jangan pentingkan diri sendiri kerana kekayaan beliau kini datang dari hasil dari derma para kariah masjid. Kalau ekonomi negara teruk, mana mungkin dapat upah bayaran mahal.

Kalau berani, dedah berapa yang beliau dapat setiap kali ceramah? Apakah keengganan beliau mengisytiharkan pendapatan adalah kerana Azhar mahu lari dari membayar cukai?

Tindakan Azhar yang selalu mengutuk pihak kerajaan menyebabkan ceramahnya semakin hambar dari sehari ke sehari. Isu video seks mirip wajahnya juga tidak selesai sampai sekarang.

Bagi Harapan, tidak salah untuk menegur tapi mestilah ada bukti dan fakta yang kukuh.

Azhar tidak sepatutnya bercakap di luar bidang beliau. Biarkan orang yang 'ahli' sahaja yang buat kerja.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.