Taman ilmu, Pas kehabisan modal

Pas kini cuba berlagak menjadi hero rakyat dengan membangkitkan isu Taman Ilmu Besut walaupun mereka tahu kebenaran di sebalik isu tersebut.

Terbaru mereka akan menganjurkan satu ceramah khas semata-mata untuk memperbodohkan rakyat dan akan cuba sedaya upaya untuk memutar belit isu Taman Ilmu.

Sudah banyak kali wakil rakyat Pas telah diberi penjelasn lengkap termasuk dalam sidang Dewan Undangan Negeri tentang jalan menyelesaikan isu yang melanda Taman Ilmu bahkan sebahagian bangunan di kawasan itu sudah diguna pakai oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menempatkan asrama pelajar IPT itu.

Sementara kerja-kerja baik pulih yang lain sedang berjalan dan kini berada di peringkat akhir untuk disiapkan.

Bagi pimpinan Pakatan Harapan Terengganu melihat Pas sengaja menjaja cerita lapuk yang diulang tayang bagi mendapat perhatian orang ramai menjelang musim mengundi yang hampir tiba.

Harapan pelik kenapa Pas masih mahu menfitnah dan mengadu domba kepada media massa dan tetap istiqamah mencari salah pihak terbabit seolah-olah projek itu tiada tindakan susulan. Apa Pas nak dalam isu ini?

Sepatutnya Pas memberi ruang kepada pihak kerajaan untuk menyelesaikan beberapa isu tertunggak kerana ia sebenarnya akan memberi manfaat kepada rakyat pada akhirnya.

Pihak penceramah Pas perlu bersedia menghadapi smaan sekiranya fakta yang diselewengkan.

#lokkohorbodo


No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.