Taman Ilmu: Ketua UPU PAS Bandar Jertih tidak perlu takut

Susulan artikel Terengganu Times bertajuk Taman Ilmu: Ketua UPU Bandar Jerteh ceroboh untuk memfitnah? memberi kesan mendalam kepada Ketua UPU PAS Bandar Jerteh, Hishamuddin Abdullah.

Nampaknya dakwaan berhubung isu ceroboh Taman Ilmu Besut menyebabkan beliau gelabah dan hilang fokus terhadap serangan yang tidak tahu apa motifnya.


Apa yang Hishamuddin cuba tunjukkan sebenarnya?

Adakah beliau mahu memberitahu rakyat bahawa projek ini gagal atau sebenarnya sedang diusahakan baikpulih oleh Ahmad Razif secara berperingkat-peringkat selepas ia terbengkalai sekian lama?

Untuk pengetahuan Hishamuddin, sebahagian asrama di Taman Ilmu telah pun digunakan untuk kegunaan pelajar UniSZA dan kini pintu rundingan dengan beberapa pihak yang berminat untuk baik pulih fasiliti juga sedang berjalan dan dapat dimeteraikan tidak lama lagi.

Berbalik kepada isu utama, Hishamuddin perlu faham bahawa menceroboh dan mendedahkan kebenaran adalah dua perkara yang berbeza.

Beliau perlu tahu dalam apa juga keadaan, menceroboh adalah satu kesalahan yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Beliau boleh didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara atau didenda.

Hishamuddin dengan jelas telah melakukan dua kesalahan iaitu yang pertama menceroboh dan kedua adalah salah lapor kedudukan terkini proses membaik pulih Taman Ilmu Besut.

Ketua UPU PAS Bandar Jerteh itu sewajarnya menumpukan kepada kerja untuk mendapatkan undi dari ahli parti sendiri yang semakin lari dari PAS menuju masuk Amanah.

Memalukan PAS Jerteh!!

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.