Ratu Naga Rosakkan Team Siber Harapan?

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Aktivis pembangkang, Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah diambil keterangan selama lima jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Pejabat Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini hari ini.

Syarul Ema berkata, dia hadir bersama dua peguamnya kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk diambil keterangan berhubung sebuah video melibatkan isu pengundi warga Bangladesh.

“Proses ambil keterangan berjalan dengan baik dan saya sedia memberi kerjasama. Buat masa sekarang, saya sedang menantikan tindakan seterusnya daripada SKMM,” katanya.

Proses mengambil keterangan dijalankan enam pegawai SKMM termasuk tiga pegawai forensik.

SKMM turut merampas telefon bimbit dan kad sim milik Syarul Ema. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.