Polis perlu segera siasat penceroboh Taman Ilmu

Taman Ilmu Besut masih diceroboh dengan sewenang-wenangnya oleh orang awam.

Ini kerana, pihak yang dipertanggungjawab untuk mengawal tempat tersebut mengambil mudah situasi ini dan tidak mengambil endah berhubung pencerobohan yang berlaku.

Sudah tiba masanya pihak polis mengambil langkah yang lebih tegas dengan menyiasat perkara ini kerana dikhuatiri ia akan merencatkan usaha baik pulih bangunan berkenaan.

Sejak dua minggu kebelakangan ini, isu Taman Ilmu kembali menjadi sebutan selepas gambar terkini tempat itu diviralkan di media sosial.

Bagaimanapun, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) tidak nampak ia sebagai isu besar kerana telah dijelaskan oleh kerajaan negeri di dalam sidang dun baru-baru ini tentang rancangan masa depan projek bernilai RM400 juta itu.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.