PERJUMPAAN ‘RUNDING KERUSI’ SECARA TERBUKA?


PERJUMPAAN ‘RUNDING KERUSI’ SECARA TERBUKA?

BAHAGIAN SATU:

Apa yang berlaku akhir-akhir ini di Terengganu?

Pada Khamis, 1 Februari lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) secara terbuka di hadapan orang awam mengumumkan bahawa pembahagian kerusi di Terengganu terpaksa diserahkan kepada HARAPAN pusat.

Beliau – dalam ucapannya – menyebut bahawa perundingan disukarkan kerana dua parti tidak memberikan kerjasama untuk menyelesaikannya di peringkat negeri.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad memberi jawapan kepada soalan daripada hadirin pada satu majlis terbuka - Majlis Ukhwah Pimpinan Kawasan-Kawasan Dalam PAKATAN HARAPAN NEGERI TERENGGANU’ - .yang sepatutnya tidak dilakukan oleh Pengerusi AMANAH negeri Terengganu itu.

Malah, pada ucapannya, Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Heng turut mengesahkan kenyataan Raja Bahrin bahawa dua pemimpin parti lain dalam PAKATAN enggan menyelesaikan pembahagian kerusi yang terpaksa diserah kepada HARAPAN pusat.

Ironinya, dua pemimpin yang dirujuk – Pengerusi PKR, Azan Ismail dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) langsung tidak dijemput ke majlis berkenaan.

Bagaimana Raja Bahrin dan Chai Heng boleh berpakat untuk bertindak sedemikian rupa?

Kenyataan kedua-dua mereka  ini memberikan kesan dan persepsi buruk kepada dua pemimpin yang tiada pada majlis itu seolah-oleh merekalah  yang menyulitkan perundingan kerusi Terengganu walaupun sebaliknya yang berlaku.

Apa tujuan Raja Bahrin dan Chai Heng menuduh dua pemimpin – Azan dan Razali – sedemikian?

Sedangkan kedua-dua mereka tidak memperkatakan isu pembahagian kerusi di luar mesyuarat?

Juga kenapa persalahkan PKR dan PPBM di khalayak ramai pada ketika Azan dan Razali tidak ada pada majlis itu?

Amat jelas Raja Bahrin dan Chai Heng sanggup menggunakan platform terbuka untuk memperkatakan ‘rahsia mesyuarat rundingan kerusi HARAPAN’ sambil menuduh dua pemimpin sekutunya dalam HARAPAN itu sebagai tidak memberikan kerjasama.

Apakan perbuatan ini tidak melanggar peraturan dan persefahaman mesyuarat HARAPAN?

Apakah mendedahkan hasil mesyuarat (walaupun tidak ada persetujuan 100 peratus perundingan kerusi) kepada umum sebagai melanggar peraturan HARAPAN?

Tidakkah perbuatan Raja Bahrin dan Chai Heng ini melanggar persetujuan HARAPAN Pusat dalam isu pembahagian kerusi di negeri-negeri?

Apakah tindakan Raja Bahrin tidak menggambarkan beliau cuba ‘menegakkan benang basah’ hasil kegagalannya dalam menggendalikan mesyuarat HARAPAN untuk perundingan kerusi?

Kenapa penganjur menjemput Raja Bahrin dan Chai Heng sahaja tanpa Azan dan Razali di majlis berkenaan?

Semuanya ini memberikan satu pencerahan kepada kita semua mengenai kepimpinan Raja Bahrin dalam HARAPAN Terengganu ketika ini.

Perlukah dibiarkan ia terus berlaku dan serangan terus dihalakan kepada dua pemimpin lain dalam HARAPAN Terengganu – Azan dan Razali?

Yang nyata, tindakan Raja Bahrin dan Chai Heng itu sebagai melanggar perjanjian dan persefahaman (BREACH OF TRUST) kepada perjanjian yang dibuat melalui HARAPAN, apa lagi keputusan perundingan kerusi sepatutnya RAHSIA turut didedahkan kepada umum.

Sumber : Hambali Abdul Latiff

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.