Pengawal keselamatan Taman Ilmu dibayar penceroboh?

Gambar-gambar viral Taman Ilmu Besut yang diambil oleh Ketua UPU Jerteh telah mencetuskan pelbagai persoalan lain.

Ia seolah-olah membuktikan dakwaan bahawa ianya dicuri bukannya dirosakkan kerana sebahagiannya besar kawasan itu masih berkeadaan elok.

Sebagai contoh tiang lampu limpah stadium ini dicabut dengan elok oleh seseorang kerana hanya lampu limpah sahaja yang hilang manakala tiang masih berkeadaan baik.



Menurut sumber, pihak yang tidak dikenali dikatakan telah memberi sejumlah 'wang' kepada pengawal keselamatan untuk tidak melaporkan kegiatan keluar masuk mereka ke Taman Ilmu.

Kedian itu dilaporkan berlaku selepas Taman Ilmu disiapkan oleh pihak kontraktor sebelum ia diserahkan kepada pihak kerajaan negeri.

Lebih mengejutkan, mereka telah bekerjasama dengan sindiket membeli barang-barang lusuh di sekitar Besut untuk melupuskan barang-barang curi.

Sehubungan itu, pihak polis perlu menyiasat agensi keselamatan yang terlibat dan jika terbukti benar, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan kerana tindakan itu menyebabkan kerajaan rugi berjuta-juta ringgit.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.