Pakatan Restu Zaid Ganti Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hampir pasti meninggalkan Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Selepas sepenggal memenangi kerusi berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim dijangka akan menggantikan Kit Siang untuk bertanding di situ.

Zaid yang pernah bertanding atas tiket PKR yakin rakyat Gelang Patah akan memberi sokongan penuh kepadanya untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Perkara itu diumumkan Zaid di laman sosialnya selain menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi berkenaan bagi menggantikan Kit Siang.

Desas-desus yang mengatakan Kit Siang akan ‘lari’ dari Gelang Patah sememangnya sudah lama kedengaran dan kali ini ia semakin hampir menjadi kenyataan.

“Terima kasih Lim Kit Siang, saya akan bekerja keras dan meneruskan hasil legasi beliau di Gelang Patah, orang Johor bersama saya,” kata Zaid di laman sosialnya.

Sumber : Watan Online

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.