Makanan di Ekspo Terengganu 2018 mahal

Rata-rata pengunjung kecewa dengan harga makanan yang dijual di tapak Ekspo Terengganu 2018 yang terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga di luar sana.

Penjual menjadi tamak haloba dan berlumba-lumba menaikkan harga makanan. Yang paling teruk, mutu makanan tidak dijaga dengan baik.

Contohnya Nasi dagang bukan lagi seperti nasi dagang. Kuantiti nasinya hanya sedikit sahaja berbanding yang biasa dijual kepada pelanggan.

Pihak urusetia sepatutnya memandang serius usaha peniaga yang cuba memburukkan Ekspo Terengganu ini.

Dan pihak PAS nampaknya menyepi diri. Adakah mereka teruja dengn hadiah-hadiah yang dipersembahkan di ekspo tersebut?

Lok koho bodo
Lok koho punoh







No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.