Kurangkan menyerang UMNO

Selepas Pas hebat menyerang UMNO Terengganu beberapa hari ini kini kedengaran suara keramat Presiden Pas yang mahu parti mengurangkan serangan terhadap UMNO.

Berita itu tersebar pagi jumaat tadi  seperti kebiasa di Masjid Kampung Rusila Marang dalam himpunan kuliah Duha masjid itu.

Menurut sumber, arahan itu datang dari orang kanan Abdul Hadi Awang yang dibisikan kepada pemimpin Pas yang hadir agar tidak menyerang UMNO.

Lantaran bisikan  itu juga tersebar kepada telinga-telinga ahli dan juga diperingat cawangan, ada diantara mereka tidak berpuashati dengan arahan bisikan itu.

Menurut  Pak Ali dari Kampung Kedai Buluh, Bukit Payong Marang, beliau sendiri mendengar orang bercakap pasal perkara itu pagi tadi.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana berpuluh tahun kita melawan UMNO yang korup dengan kekuasan mereka.

"Tugas kita bukan untuk memenangkan UMNO... tugas kita untuk memusnahkan UMNO...., katanya dengan nada tegas

Tambahnya lagi, kempimpinan yang ada kini hanya banyak bermain wayang, didepan kita hentam UMNO, dibelakang kita mereka sama-sama membahagikan projek itu.. projek ini.., ahlinya dibiarkan kelaparan.

'Jika kita lihat hari ini, berapa ramai wakil rakyat Pas yang masih tinggal dalam rumah asal mereka sebelum menjadi YB, rata-ratanya sudah mempunyai rumah baru belaka,' katanya dengan agak keras.

Selain itu katanya lagi, kalau macam ini berlaku, kita akan ajar mereka... biar mereka tahu kuasa akar umbi macam mana.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.