Ceramah PAS di Besut Lemau

Ceramah yang dibuat khas di Kampung Alur Lintang Besut malam ini hanyalah cakap kosong politk sahaja hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Ceramah tersebut yang dibarisi Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Husain Awang Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhammad Khalil Abd Hadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr. Ustaz Ridhuan Mohd Nor AJK PAS Pusat, Mohd Nor Hamzah Ketua Penerangan BPPNT, Mohd NurKhuzaini Abd Rahman Ahli Profesional, Mohd Zabidi Yusuf, Peguam PAS, Wan Azhar Wan AhmadYang Dipertua PAS  Kawasan Besut.

ISU Taman Ilmu pula seramai 4 orang penceramah menyatakan perkara yang sama dan rakyat melihat bahawa isu itu bukan satu perkara yang patut di war-warkan sedangkan  dipihak BN Terengganu telah berusaha mengambil perjalanan yang mengembalikan kemegahan Taman Ilmu.

Jadi malam ini, Pas hanya angan-angan sahaja untuk menang besar dalam PRU 14 nanti kerana apa yang diimpikan di war-warkan didalam setiap ceramah itu tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas sendiri tidak mahu menang pilihan raya.

Kalau Pas betul-betul hendak menang pilihan raya Pas mesti bertanding lebih dua per tiga dari kerusi parlimen yang ada sebanyak 222 kerusi ketika ini dan mana mungkin Pas boleh menang secara berseorangan tanpa bersama Pakatan Harapan.

Pas sebuah parti angkuh dan tidak layak digelar sebagai parti Islam kerana mereka mempunyai pemimpin dan bekas pemimpin yang penuh dengan skandal seks dan salah laku.

Dasar kebencian dalam politik yang ditanam kepada ahli juga turut memberi kesan kepada Pas sehingga hari ini dan ianya sekadar melepas batuk ditangga.

Pakatan Harapan kini bersama Amanah, DAP, PKR dan PPBM yang jelas hala tujunya untuk membangunkan semula Malaysia ini dan akan memenangi PRU 14 bila-bila masa sahaja lagi.



No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.