Ahli PAS mula dikerah cari dana untuk PRU14


Semakin hampir ke Pilihan Raya Umum, parti Pas sudah mula mengerahkan jentera mencari dana untuk parti itu.

Jika begini cara pentadbiran Pas, kalau mereka menang nanti rakyatlah akan menjadi mangsa memberi wang kepada parti sepanjang hayat tatkala pemimpin kaya raya tidak mempedulikan pengikutnya.

Pemimpin meminta ahli memberi derma dengan mendakwa sumbangan itu untuk perjuangan agama dan menjanjikan pahala kepada ahli yang mudah diperbodohkan.

Ketika pengikut Pas dipaksa menyumbang duit, Yang Berhormat Parlimen Kuala Nerus pula hidup mewah dan pernah dikecam kerana menghadiahkan kereta import Audi kepada isterinya walhal ahli Pas rata-rata hidup susah.

Namun rakyat sudah muak dengan permainan Pas ini kerana mereka akan mengutip derma tin milo tidak kira masa kerana mereka akan menadah tabung di setiap ceramah yang dibuat.

Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu berharap rakyat tidak terpedaya dengan janji manis Pas yang hanya akan merugikan negeri kelak.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.