Sah!! Ds Wan Azizah Akan Bertanding Di Bandar Tun Razak

Sumber biro politik PKR mengesahkan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak dalam PRU14 yang akan datang yamg sekarang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas).

Tempat beliau di kerusi Parlimen Permatang Pauh pula akan diambil oleh anak beliau, Nurul Nuha Anwar.

Nurul Nuha dijangka akan menjadi caretaker untuk kerusi tersebut sehingga ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari penjara dan mendapat pengampunan diraja untuk bertanding semula.

Seorang lagi anak pasangan tersebut, Nurul Izzah Anwar dijangka akan terus mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai.

Sumber : http://www.suarapakatanharapan.com/2018/01/28/sah-ds-wan-azizah-akan-bertanding-di-bandar-tun-razak/

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.