Pondok tol, lambang ikatan UMNO-PAS?

Foto : Google
Pondok tol di atas Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu masih dibiarkan berdiri walaupun kutipan tol telah dimansuhkan oleh kerajaan PAS sejak hampi 20 tahun lalu.

Keadaan ini sangat membahayakan pengguna jalan raya kerana ia jelas menyempitkan laluan kenderaan.

Kenapa kerajaan Terengganu pimpinan UMNO sekarang masih mebiarkan pondok tol tersebut berdiri tegak di situ?

Adakah mereka mahu nyawa rakyat melayang terlebih dahulu sebelum sibuk nak merobohkan?

Atau ianya adalah jalan senyap UMNO untuk berbaik-baik dengan PAS? Sedangkan ketika PAS memerintah pada 1999 hingga 2004, mereka telah merobohkan replika penyu di Bulatan Ladang.

Selain itu, banyak wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana ada projek pencahayaan lampu neon bagi menghiasi pondok tol itu.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selaku pihak berkuasa tempatan wajar mengambil serius isu ini dengan memberikan penjelasan segera berhubung isu ini.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.