Mana Ada Negara Maju, Graduannya Jual Nasi Lemak?

Memasuki tahun 2018, ianya memberi petanda bahawa negara sedang menuju kearah sebuah negara maju menjelang 2020 seperti yang pernah disasarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, satu ketika dahulu.

Namun begitu, dari apa yang diperhatikan, sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, nampaknya tidak akan mungkin menjadi kenyataan.

Lihat sahaja bagaimana para graduan unversiti hari ini menjadi penganggur malah ada yang terpaksa meniaga nasi lemak di tepi-tepi jalan demi mahu menyara kehidupan masing-masing.

Jadi, tiada salahnya kritikan yang dilemparkan oleh Tun M terhadap kerajaan yang gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada para siswazah sehingga mereka sanggup membakul sampahkan sijil yang mereka terima hanya untuk menjadi peniaga nasi lemak atau menjadi pemandu Grab dan Uber.

Memang memalukan tahap ekonomi negara hari ini. Orang terpelajar seperti ini terpinggir dan kaum pendatang pula yang mengaut hasil negara sehingga mampu membuka kedai runcit dan macam-macam lagi.

Inilah pentingnya memberikan kuasa kepada Pakatan Harapan. Pakatan Harapan akan memastikan negara mampu mencapai sasaran negara maju menjelang 2020 dengan para graduan akan dijamin peluang pekerjaan dengan tangga gaji minima sebanyak RM 2,500.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.