Azmin Cabar PAS Tinggalkan Kerajaan Negeri Selangor!!


Semua Exco PAS dan pemegang jawatan lantikan politik mereka di Selangor, perlulah meletakkan jawatan mereka dengan segera atau berhadapan dengan tindakan pemecatan oleh Menteri Besar, Datuk Sri Azmin Ali, menurut sumber dalaman parti tersebut.

Jika tidak, mereka perlulah menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Harapan jika mahu peruntukkan diteruskan.

Azmin difahamkan berang dengan cadangan PAS untuk membawa isu pemotongan peruntukkan mereka oleh kerajaan Negeri.  Azmin berpandangan, istana tidak perlu dilibatkan dalam perkara ini, lagipun ia adalah kesilapan PAS sendiri kerana menolak untuk menyertai Pakatan Harapan.

Bukan saja Azmin, AMK Selangor juga semalam mendesak semua pemegang jawatan lantikan politik PAS dalam kerajaan negeri melepaskan jawatan jika meneruskan cadangan membawa isu pemotongan peruntukkan ke Istana.

Kerajaan Selangor sentiasa bersikap adil terhadap semua wakil rakyat dalam kerajaan negeri Selangor termasuk dari BN pun demi memberi khidmat kepada rakyat.  Apa yang berlaku kepada PAS baru-baru ini, bukan bersifat menghukum tapi sekadar memenuhi aspirasi politik baru setelah wujud Pakatan Harapan.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.