UMNO Terengganu Hantar 'Macai' ke Peneng bantu mangsa banjir, apa rakyat Terengganu dapat?


UMNO Terengganu melalui satu pertubuhan Skuad Sukarelawan TTB akan menghantar lebih kurang 140 macai ke Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di sana, ini hanyalah wayang politik UMNO Terengganu hanya untuk meraih simpati rakyat untuk mengundi UMNO.

Bagi Pakatan Harapan Terengganu ini merupakan satu program yang gagal dan membazir kerana memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menghantar macai-macai UMNO ini untuk pertunjukkan sarkas di peneng.

Pengurusan Banjir di Peneng lebih baik daripada mana-mana agensi kerajaan pusat dan negeri yang menghantar bantuan, kerana pengurusan banjir di bawah kepimpinan Lim Guan Eng boleh berdiri dengan sendiri tidak perlu mengharapkan bantuan daripada UMNO ataupun PAS.

Ramai yang telah mengviralkan video Lim Guan Eng menangis meminta bantuan daripada UMNO, tetapi ramai tidak tahu bahawa Lim Guan Eng telah di paksa oleh UMNO untuk meminta bantuan daripada mereka, walaupun hakikat Kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP boleh menguruskan pengurusan banjir sendiri.



Video Guang Eng sambut Zahid, lawat mangsa banjir di Pulau Pinang

Bantuan daripada PAS dan UMNO hanyalah wayang politik sahaja tidak memberi sebarang manafaat buat rakyat di peneng.

Ramai berangapan banjir yang melanda adalah bala tetapi bagi kerajaan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan ini merupakan satu ujian dan rahmat kerana rakyat boleh menilai bagaimana kerajaan di bawah kepimpinan Pakatan Harapan amat prihatin dalam gerakan membantu rakyat walaupun di paksa oleh UMNO untuk Lim Guan Eng merayu meminta batuan UMNO.

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.