Razif Perlu Belajar Dari Guan Eng Urus Mangsa Banjir


Terengganu Darul Iman... bagaimana MB Razif menguruskan mangsa banjir? Rata-rata ‘bantuan banjir’ yang dipukul canang oleh media di Terengganu adalah publisiti murahan.

Hakikatnya berapa ramai lagi rakyat Terengganu di luar sana yang terkesan akibat bencana ini saban tahun namun diabaikan.

Menurut beberapa sumber harapan Terengganu, banjir pertama beberapa hari lepas yang melanda Terengganu nampak gagal diuruskan oleh kerajaan UMNO BN Terengganu.

Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ahmad Razif sepatutnya belajar dari kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagaimana untuk menguruskan situasi panik akibat bencana alam ini.



Malah mangsa-mangsa bencana lebih redha dan sama sekali tidak pernah menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas musibah yang melanda negeri itu.

Sebagai contoh; rakyat Pulau Pinang telah menerima dengan ikhlas kenyataan Lim Guan Eng berhubung bencana tanah runtuh yang telah meragut 11 nyawa baru-baru ini.

Menurut Lim Guan Eng, bencana tersebut adalah bukan salah kerajaan negeri Pulau Pinang. Insiden yang meragut nyawa itu hasil daripada "kecuaian tempat kerja" atau ianya hanyalah kemalangan biasa di tempat pembinaan.

Penjelasan terperinci oleh Guan Eng tentang bagaimana tragedi itu boleh berlaku telah disambut positif oleh rakyat. Tidak seperti Terengganu, banjir paras lutut pun menyebabkan rakyat Terengganu "riau", bising.

Guan Eng dalam penjelasannya juga tidak mengambil sikap lepas tangan malah dengan tegas mahu kontraktor yang terbabit dalam projek tersebut bertanggungjawab ke atas kemalangan yang menimpa mangsa.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau turut bersedih di atas kemalangan yang berlaku dan berpendapat kemalangan di tempat kerja adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dan merupakan takdir yang harus diterima.

“Mereka sepatutnya buat kajian lebih terperinci sebelum memulakan kerja-kerja...” Guan Eng turut yakin dan percaya perkara ini tidak akan berlaku jika segala aspek keselamatan dipenuhi sebelum sebarang kerja dimulakan.

Hal ini juga membuktikan bahawa Guan Eng bukan sahaja seorang pemimpin yang berjaya membentuk sebuah negeri maju; malah beliau juga berjaya membentuk sahsiah dan moral rakyat Pulau Pinang dalam memahami konsep redha dan bersederhana.

Bertentangan sekali imej kepimpinan beliau dengan pemimpin sebuah negeri yang berteraskan nama Darul Iman!

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.