Razali Idris Syukur Amirudin Hamzah Tidak Takut Bai'ah Talaq 3


KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BPPNT MENGENAI KEMASUKAN KETUA PEMBANGKANG KEDAH KE DALAM PARTI PPBM

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu mengucapkan syukur ke hadrat Illahi di atas keputusan dan keberanian ADUN PAS Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah membuat keputusan menyertai PPBM.

Keputusan ini besar maknanya kepada PPBM yang kini dilanda berbagai cabaran sama ada dari segi ugutan kerajaan Barisan Nasiona (BN) untuk membatalkan pendaftarannya atau juga daripada mereka yang sudah tidak sehaluan dengan PPBM.


Kemasukan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ini bukan sahaja menambah bilangan ADUN dalam PPBM dan semestinya di Kedah tetapi menggambarkan kepercayaan pemimpin berwibawa terhadap perjuangan PPBM.

Semestinya ini menguatkan PPBM melalui kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ia menggambarkan betapa PPBM semakin semarak di Kedah yang diyakini akan jatuh kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Bagi PPBM Terengganu, kemasukan Ir Amiruddin memberikan semangat semakin kental kepada kami bahawa memang ramai di luar sana yang mengakui kebenaran dan sucinya pejuangan menentang kleptokrasi, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan berbagai masalah kepada rakyat yang lain.

Kemasukan bekas ADUN PAS ini pastinya membuka mata Ahli Parlimen dan ADUN lain yang masih terikat dengan ‘perjanjian tertentu’ untuk menilai diri mereka aapakah masih mahu berselindung walaupun sudah hampir pilihan raya.

Saya menyeru kepada pemimpin daripada Barisan Nasional dan parti lain yang berminat dengan perjuangan PPBM supaya membuat tindakan berani seperti Ir Aminuddin.

Kami menanti dan mengharapkan ramai lagi yang berani ‘membuka dada’ dan menyertai kami untuk menjayakan misi kami mengalahkan Barisan Nasional dan membina semula negara Malaysia.

Inilah masanya untuk berubah dan setiap daripada kita tidak kira sama ada Ahli Parlimen atau ADUN dan sesiapa juga untuk #berani berubah.

Terima kasih Ir Amiruddin kerana memberikan semangat dan mengukuhkan kepercayaan kami bahawa PPBM adalah parti memperjuangkan masa hadapan orang Melayu, Pribumi dan orang Islam.

DATUK RAZALI IDRIS
Kuala Nerus
28 November 2017

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.