Pemuda Jual Nasi Lemak Atas Divider; Bukti Malaysia Menghampiri Bankrap




Ini bukanlah satu anjakan minda baru, tapi implementasi rakyat dalam menghadapi kemunduran. 

Menerusi perkongsian Facebook milik Ryo FeBriani, pengalaman beliau melihat seorang pemuda menjual nasi lemak di bahu jalan, mengetuk tingkap-tingkap kenderaan sangat signifikan dengan apa yang berlaku di negara jiran yang lebih mundur. Antaranya Indonesia, India dan Vietnam.

Senario ini dengan jelas menunjukkan rakyat Malaysia semakin terbeban dengan kos kenaikan harga barangan di samping tiada peluang pekerjaan sehinggakan belia hari ini terpaksa menebalkan muka mengadaptasi cara yang sama dilakukan oleh kebanyakan rakyat miskin di negara mundur.

Perkongsian oleh Ryo FeBriani wajar dan sepatutnya menjadi kebimbangan pemimpin hari ini yang dilihat langsung tidak mengendahkan nasib rakyat marhaen.

Senario yang sangat asing bagi kita yang tidak dapat dilihat satu ketika dahulu. Tidak mustahil tak lama lagi adanya pemuzik jalanan yang mengemis dari satu kereta ke satu kereta yang lain dengan sepotong lagu sebagai tukaran kepada sepotong roti.

Kembalikan semula zaman kegemilangan yang terdahulu, kalau kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah, sudah tentu belia tidak akan dimalukan sebegini rupa!

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.