Pas Marang Tenat Seperti Hadi Awang

PAS Marang Tenat Seperti Hadi Awang




Sewaktu awal penubuhan Parti Amanah, Bendera Jingga yang paling tinggi dan paling besar yang mula-mula dipasang menggantikan Bendera Hijau di Terengganu adalah di Bukit Payong, Marang.

Namun tak sampai beberapa hari dipasang, bendera itu diturunkan, ditarah dikoyak malah dibakar pihak tidak bertanggungjawab. Mesej yang disampaikan adalah jelas kononnya PAS masih gagah berkuasa di Marang. 

Namun kejadian sedemikian tidak pernah sama sekali melunturkan semangat Amanah untuk terus menerangkan wadah perjuangannya kepada penduduk setempat. 

Hari silih berganti, Alhamdulillah, kini penerimaan rakyat terhadap Amanah dan Pakatan Harapan semakin baik. Dan PAS Marang kini semakin tenat di kawasan yang menjadi antara kubu terkuatnya suatu masa dulu. PAS Marang kini tenat seperti Hadi Awang.

Majlis Ceramah PAS Kawasan Marang semalam menyaksikan hanya 50 orang sahaja yang hadir. Jika dulu; PAS mampu mengumpulkan ratusan malah ribuang orang ramai dalam satu sesi ceramah, kini tiada lagi yang mahu ‘gi mendengor’ ceramah lapuk yang membosankan. 






Orang ramai sudah jemu disajikan kisah ‘tule’ dan kemudian dipaksa menyumbang kepada tabung tin milo. Sudahlah naik motosikal cabuk yang lampunya pun hampir tercabut untuk ke majlis ceramah, diminta pula buat sumbangan dari Adun-adun yang gajinya saja ribuan ringgit sebulan. Keliru juga dibuatnya.

Ceramah hambar PAS Kawasan Marang yang berlangsung semalam di Perkarangan Markas PAS Kampung Rawai, sudah cukup untuk membuktikan PAS kini sudah tidak relevan di kawasan sendiri.

Dalam sedar tidak sedar, ramai yang sudah tidak mengendahkan perjuangan PAS yang hilang fokus dan tidak konsisten. PAS gagal dalam memikul tanggungjawab serta amanah dari rakyat supaya UMNO dan Barisan Nasional ditumbangkan. 

Tiada istiqamah, tidak bertanggunjawab dan tidak amanah itu bukan ciri Islam walaupun berlindung di sebalik namanya. Macam kedai penganut Hindu yang berselindung di sebalik nama kedai Nasi Kandar yang berunsur Islamik. 

Berbeza dengan Parti Amanah yang terus konsisten menentang pemerintah zalim dan membela nasib rakyat. Ternyata Parti Amanah itu lebih islamik dari PAS!

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.