PAS Kemaman Bakal Berkubur



Populariti Parti PAS di Parlimen Kemaman kini seakan hidup segan mati tak mahu. Semenjak terputusnya hubungan kerjasama dengan Pakatan, PAS Kemaman kini semakin tenggelam dalam meraih kepercayaan rakyat dan penduduk setempat. 

Malah sokongan ahli-ahli PAS di parlimen itu kini terarah kepada Parti Amanah Negara lebih-lebih lagi dari masyarakat Tionghua yang merupakan penyokong DAP dan telah memenangkan PAS di DUN Chukai pada PRU13 lalu.

Parlimen Kemaman merupakan salah satu parlimen yang menyaksikan parti itu kecundang dengan teruk dan tewas di tangan Barisan Nasional. Dari tinjauan dan sumber masyarakat setempat, hal ini  berpunca dari sikap pemimpin tertinggi parti itu sendiri yang sering berdolak dalik dalam menunaikan janji kepada penduduk yang membuatkan mereka akhirnya terpaksa mengundi Barisan Nasional. 

Sumber yang sama juga menyifatkan penubuhan Parti Amanah Negara sebagai ganti kepada PAS telah menjadi opsyen yang terbaik kepada pengundi yang menyokong kepimpinan Pakatan Harapan. Malah penubuhan Parti Amanah Negara telah disambut baik dan diterima positif oleh masyarakat setempat.

Memetik sebuah laporan akhbar, PAS Kawasan Kemaman dikatakan bakal meletakkan calon di Parlimen Kemaman dan empat kerusi DUN melibatkan Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih. Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, ia adalah ekoran ketetapan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini.

Walaupun ini merupakan suatu tindakan yang jelas sia-sia, namun ramai percaya bahawa perkara sia-sia sudah menjadi kebiasaan dalam parti PAS. Lihat sajalah ‘Amanat Presiden’ yang pernah membakar semangat juang penyokongnya satu ketika dahulu. 

Berpuluh tahun penyokong berpegang dengan amanat tersebut, akhirnya kini mereka diperbodohkan oleh pembuat amanat itu sendiri. Maka sia-sialah apa yang diperjuangkan penyokong PAS selama ini dan tidak hairanlah mengapa semakin ramai yang beralih memilih yang AMANAH dalam melakukan kerja. 

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.