‘Macam Setan! PAS Ikut Jejak UMNO’



Seminggu dua lagilah mereka akan berkompang; silap-silap sebulan dua lagi...semacam ada unsur penganiayaan pula terhadap Dato’ Husam Musa berhubung penahanan suspek lelaki berusia 29 tahun yang didakwa memiliki pil kuda dan juga merupakan anak kepada tokoh politik itu.

Manakan tidak, ianya berlaku tatkala dewan akan bersidang dan tak sampai seminggu pula sejurus mahkamah menolak permohonan injuksi beliau yang menghalang PAS dari menggunakan bangunan Wisma Tok Guru miliknya. Ibarat sudah jatuh, sengaja pula dihempaskan tangga, dipijak-pijak pula. 

Gaya serangan zalim ala UMNO ini sudah cukup menjelaskan PAS hari ini bukanlah PAS yang pernah kita kenal satu masa dulu. Bukan sesuatu yang menghairankan jika terdapar ‘sindiran-sindiran’ pedas ke atas Dato’ Husam di dalam sidang dewan kerana ini sudahpun dijangka.

Sedikit demi sedikit PAS menyerlahkan keperibadian setan yang menunggang agama demi kepentingan mereka; sehinggakan seorang pemimpin berdarjat mulia seperti Dato’ Husam tidak terlepas daripada menjadi mangsa kezaliman di negeri yang dikuasai mereka.

Ramai yakin dan percaya PAS akan merampas bangunan tersebut dari tangan Husam dengan rakus atas nama undang-undang tanpa memikirkan bagaimana mereka pernah buat muka kasihan sewaktu meminta-minta Dato’ Husam mendirikan Wisma Tok Guru dengan hasil dari poketnya sendiri. Tidak ada satu sen pun dari PAS!

Sikap merampas ini memang sangat sinonim dengan PAS. Sejarah pernah membuktikan di Terengganu sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan PAS di negeri itu, dengan gelojohnya malam itu juga pagar Wisma Darul Iman dikunci dan tadika  telah ditutup. Kenalah dengan namanya sebagai parti peramPAS! 

Politik kebencian seperti orang gasar di zaman batu sehingga kini masih diamalkan sebilangan besar penyokong parti itu. 

Budaya mengkafirkan selain pengikutnya tak perlu ceritalah. Malah kegilaan PAS memuncak sehingga hendak mengawal hal ehwal rumahtangga orang lain dengan mengamalkan sumpah dan bai’ah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Islam apa yang mengajar untuk ‘meruntuhkan masjid’?

Berbalik kepada isu penahanan anak Dato’ Husam, tidak berkurang pun darjat beliau sebagai seorang ayah jika benar anaknya terlibat dengan pil kuda.

Anak dan isteri Nabi Nuh a.s tidak beriman kepada Allah lalu tenggelam dlm banjir besar. Ayah Nabi Ibrahim a.s tidak beriman kepada Allah lalu terus menjadi pengukir patung-patung berhala. Namun kejadian tersebut tidak menjadi kecacatan dan tidak pula menurunkan darjat kenabian kedua-dua Nabi Allah tersebut.

Anak kepada Dato’ Husam bukanlah ahli politik. Iman itu bukanlah sesuatu yang dapat diwarisi. Namun lebih memalukan jika ahli politik penunggang Islam itu sendiri yang terlibat dalam skandal seks dan masalah moral yang memalukan. Apa khabar Mustapha Ali?

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.