Kemaruk nak menang, PAS sanggup 'jual' nama Sultan Mizan

MARANG - PAS Terengganu kini berangan-angan untuk kembali memerintah negeri ini selepas kali pertama berbuat demikian ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999 hingga 2004 yang lalu.

Bagaimanapun, cara PAS menyuarakan rasa ingin kembali jadi kerajaan negeri agak berbeza kerana kini sanggup menjual nama istana.

Dalam program Ceramah Isu-Isu Semasa dan Kutipan Derma Dana Pilihan Raya di Markaz PAS Kampung Rawai, Alor Limbat malam tadi, Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata PAS negeri itu telah mendapat sokongan daripada baginda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu.

Katanya, PAS kini berada di landasan yang betul bersama perjuangan Islam.

Baca: PAS Dapat Sokongan Sultan Terengganu Untuk Kembali Memerintah

“Kita (PAS) dah dapat sokongan daripada Sultan Terengganu untuk melaksanakan Islam di negeri ini. Tapi, UMNO ini jahat, dia sekat perjuangan rakyat nak kepada Islam,” katanya yang juga bekas ADUN Rantau Abang.

Ceramah yang dihadiri kira-kira 50 orang itu turut dihadiri ADUN Alor Limbat, Ariffin Deraman.

Nampaknya PAS dah kemaruk sangat nak menang di Terengganu sampai sanggup menggunakan nama sultan dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Dulu PAS aktif menjual nama agama Islam tapi sekarang PAS sudah berani jual nama istana pula. Sepatutnya, nama tuanku Sultan Mizan tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana parti politik sekalipun.

Seperti yang kita semua tahu, untuk membentuk sebuah kerajaan, sesebuah parti itu perlu menang di negeri tersebut dengan majoriti mudah atau majoriti dua pertiga hasil undi rakyat bukannya sesuka hati menjaja cerita seperti itu.

PAS tidak boleh menerima kenyataan bahawa mereka gagal menewaskan Barisan Nasional (BN) kerana kegagalan mereka mentadbir negeri Terengganu dengan baik sebelum ini.

Antara kegagalan dan kezaliman PAS ketika memerinta Terengganu 1999-2004

1. Tutup dan membakar tadika
2. Salahguna wang zakat
3. Rampas kereta exco
4. JSR kebas duit, tanah entah ke mana
5. Gomol balak sepuas-puasnya
6. Pecat tok imam, bilal
7. Hentikan elaun tahfiz
8. Elaun guru Al-Quran tidak dibayar
9. Tamatkan bantuan bulanan oran miskin
10. Beri tanah kepada orang kaya dan kroni
11. Parti anak-beranak

Baca di sini: Sejarah Kezaliman PAS: Masihkah Kau Ingat?

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.