Isu Anak Husam Musa Miliki 200 Pil Kuda Isu Remeh


Heboh satu negara apabila dikatakan anak kepada wakil rakyat AMANAH, Husam Musa ditangkap oleh PDRM bahagian nakotik bersama dengan 200 biji pil kuda di dalam poket seluarnya.

Kenapa perlu hebohkan perkara sebegini? Apa faedahnya dan lagi pula isu ini hanyalah isu jenayah peribadi kalau didapati beliau bersalah dan sedikit pun tidak tercalar imej Datuk Husam Musa pada pandangan pengundi tegar beliau.

Menurut kenyataan Husam, beliau sendiri tidak mengetahui langsung mengenai kejadian anak beliau ditahan oleh sepasukan polis.

Sumber dalaman Harapan bagaimana pun akan melihat kes ini dari sudut kepentingan politik gabungan mereka kerana sedikit sebanyak bakal menyebabkan nama baik harapan di mata rakyat bakal menjadi buruk.

Husam bukannya seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyokong Anwar sudah boleh menerima hakikat bahawa Anwar dipenjara kerana isu peribadi dan kedudukan Anwar adalah lebih tinggi daripada Husam Musa.

Berikut kenyataan Husam Musa;

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memilik 200 biji pil kuda, jam 5.22 petang tadi (19 November 2017), apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui Whatsap.
Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu. Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke Mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan.
Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam bahawa anak saya ditahan sekumpulan lelaki.
Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis.
YB Dato Husam Musa
19 November 2017/30 Safar 1439

No comments:

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.